Lebih ketam yang buat masak lemak cili api tu ari ade skit lagi......try plak cara goreng.
Cik abang kita suka sangat makan ketam & sewaktu dengannya. Mintak2 jgn jadi sakit
gaut dah....
Resepi ni tibai sendiri
Ketam Goreng Salut Tepung
(Sukatan agak2 lah ya!)
Ketam & makanan laut sewaktu dengannya.
Bahan Perap:
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Jintan Manis/Putih
Ketumbar
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Serbuk kari
Garam
Tumbuk kasar semua bahan di atas & perap bersama ketam agak2
½ jam nak lebih pun tak pe.
Bahan Salut
Tepung jagung
Tepung Kentang (kalau tak de ganti dgn tepung beras skit)
Telur (di pukul)
Minyak untuk menggoreng.
Semasa nak menggoreng, pecahkan telur ke dalam bahan yang diperap tadi. Taburkan tepung. Gaul sebati.
Apalagi……gorenglah sampai masak. Kalau meletup-letup tutup ngan
tudung periuk atau apa2 tudung jgn tudung saji.
[borak2]
mak lang: da bomb ke! gedebong.....mak lang pun apa kurennnggg, peminat keliling kampung
wakaka