Ari ni tak de projek masak2 sebab penat tak hilang lagi dr g kenduri wedding anak sepupu d Tmn Melawati. Buat kek simple ni sebab nak pulangkan piring neighbour.
Kalau dolu2 asyik bli je kuih di pasar malam & gerai. Suka makan sebab suka tengok sarang2 yang
lobang2 kat dalam tu. Lagipun kuih ni lembut macam span.
Kek Gula Hangus
Sumber : Pn. Halimah
BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila
Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah
[Jom Borak]
Ida Merpati66: Nak tau klu zai dah blank sangat nak pulangkan piring neighbour inilah kek yang
sering jadi habuan tapikan yg ngeri tu masa wat gula hangus silap ari bulan muka cam wat pembedahan
plastik kahkahkah
smlm lps balik keje ayu terus beli bahan-bahan tok bt kek gula hangus ne. alhamdulillah menjadi selalu kalau 1st time buat mmg x nah jadi. cuma kek ayu termanis je jd ari ne nak cb lg dan ayu nak kurangkan gula dan susu. time kasih kerana sudi berkongsi resepi ye.