Opismate minta tolong zai buatkan kek oren, lagi nak kan kek yang letak filling. Zai suggest letak blueberry filling bukan apa memang kebetulan ada stok kat rumah (dalam hati senang keje aku!). Feedback opismate sedap ada rasa masam2 manis. Resepi nih zai kecek dari Mak Lang Azie birasku yang murah ngan ilmu masak tuh!
ORANGE BUTTER CAKE BEBOP
Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau
Cara-caranya
1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9? dan bakar dalam 30 ? 40 minit pada suhu 170?C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.
TIPS : Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.