[b]Hari ni kenduri doa selamat sempena Bunda, Pak Chek & Auntie Kiah akan ke Tanah Suci Mekah
pd Nov. 28th '08.
Jamuan makan tengahari utk jemaah masjid & ahli keluarga terdekat d Seapark PJ rumah Pak Chek.
So, ini juadah yg zai hasilkan sebagai hidangan sampingan utk family & tetamu.
Trifle
Sumber : kakliza
Bahan-bahan
1 bungkus kek swiss roll (mklang guna swisroll choc. dan coffee)
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry (mklang guna jelly kristal Nona)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar (maklang guna susu cair)
Cara Memasak
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Fruit Tartlet
Sumber : lynn hassan
Krim kastad
100g instant kastard
200g air sejuk
100g non dairy topping cream
Pukul semua dlm mixer sampai kental, jangan terlalu lama.
Paipkan krim , pakai nozel cream puff or swirl nozel. Cucukkan buah2an.
*Kalau nak tahan lama, glaze dengan 100g gel aprikot yg telah direneh dengan 60g air.
Sumber : Alex Goh
C&P : Resipi.net
Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.